Total Pageviews

Tuesday 29 May 2012

GEMBIRA DALAM DUKA

Lama tak menulis, bukan kerana tak ada masa,atau tak ada cerita tapi terasa tiada upaya untuk menulis.
Berbagai peristiwa berlaku, dari membawa mak ke rumah, pertunangan anak, perkahwinan anak dan akhirnya keluarnya mak dari rumah. Terasa sungguh berat menghadapi empat perkara ni. Semuanya penuh suka dan duka juga.
                Gembira bila mak ku bawa masuk ke rumah dengan seribu harapan agar mak dapat ku jaga sehingga akhir hayatnya. Namun konflik yang melanda tidak dapat ku sanggah, aku terpaksa akur akan tanggungjawab sebagai seorang anak dan juga seorang isteri. Duanya perlu ku hormati. Mak adalah darah dagingku, suami boleh membuang aku, bila2 masa dia suka. Anak2 permata hati yang perlu ku jaga hati mereka juga. Akhirnya aku kalah untuk menjaga mak, aku terpaksa akur demi masa depan anak2 .
`                Gembira bila anak ku ingin mengakhiri zaman bujangnya. Bertunang dan berkawin dalam tempuh 4 bulan menyebabkan aku agak kelam kabut. Dengan kewangan yang tidak cukup untuk membantu menyebabkan aku resah dan gelisah. Darah Tinggiku meningkat tanpa disedari. Tahap kesabaranku selalu diuji dengan berbagai kerenah. Namun syukur, akhirnya selesai juga masa ni. Anakku selamat diijab kabul dan semoga Allah sentiasa merahmati hidup mereka berdua hingga ke akhir hayat. 
                   Kepada mak, aku mohon ampun dan maaf jika selama dia duduk di rumahku, hatinya terguris, perasaanya terhiris. Maafkan anak mak ini.  Pada anakku, jagalah isterimu dengan penuh kasih sayang dan hormat menghormatilah sesama sendiri. Berbahagialah hendaknya wahai ibu dan anakku....