Total Pageviews

Friday 30 November 2012

Sesungguhnya Ia Ketentuan Allah.

Lama tak menulis. Berbagai trajidi berlaku sejak 5 bulan lalu. Masih berbekas rasa sedih dalam hati dan tak mungkin akan semboh lukanya.  Namun sebagai insan dan hamba Allah, aku pasrah yang satu hari nanti aku juga akan pergi mengikutnya.   
               25 Mei, 2012, anak ku di ijab kabulkan. 26 Mei, kenduri di rumah perempuan. Oleh kerana dekat 27 Mei di rumahku. Meriah di kedua pehak. Awal bulan berikutnya mereka pindah duduk di rumah sewa. 26 Julai, minggu pertama puasa, menantu di masukan ke Hospital. Dek kerana tuntutan kerja, aku tidak menjenguknya sehingga anakku memaklumkan bahawa keadaan isterinya agak kritikal. Dalam hati pelik juga mengapa pula sedangkan dia hanya alahan mengandung.
               Ku tinggalkan kerja di pejabat menjenguknya di Hospital. Sedih sangat melihat beliau ketika itu. Anakku, tidak putus asa, mencari sumber lain untuk berubat.  Namun, setelah 3 hari, beliau coma dan di rawat di CCU/.ICU, dibedah dan terus coma sehingga beliau meninggal 3 Ogos, 3 pagi, jumaat di bulan ramadhan. Hampir seminggu juga kami berkampung di Hospital.ketika itu. Dalam keadaan kesihatan yang tidak berasa sihat ku kuatkan juga hati untuk meneman anak ku yang ketika itu amat memerlukan sokongan ku. Sanak saudara, rakan taulan terkejut dengan berita dan pemergiaannya yang tidak disangka-sangka.
               Bila ku ingat kembali, adikku juga bernikah pada tarikh yang sama 15 tahun lalu. Dua bulan selepas itu, pada 26 Julai, ayahku kembali ke rahmatullah. Kemudian pada 24 Oktober, 2002 suami beliau meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. 
               Apa kah tarikh tu tarikh malang? Bukan tarikh penyebabnya. Semua itu kehendak Allah belaka. Boleh sesat jika mempercayainya.