Total Pageviews

Friday 19 July 2013

Alahai Anak Mama


14hb. Ramadhan ini cukup setahun arwah meninggalkan kami. Namun anak ku tidak lagi seorang. Dia kini bertemu dengan jodoh yang baru.

Teringat hari ini, 11 Ramadhan tahun lalu, arwah ayuni menantu ku, koma setelah di masukkan ke hospital. Walau telah pergi meninggalkan kami pada dinihari Jumaat 14 Ramadhan bersamaan dengan 3 Ogos, 2012, kami pasrah. Bermulalah episode baru dalam hidup anakku. Dia kembali ke rumah membawa semua kenangan berumah tangga hampir 2 bulan setengah itu . Kembali bertungkus lumus mencari rezeki, sesekali menziarahi kubur dan keluarga arwah.  Menguruskan pencen, kereta dan beberapa perkara. lagi. .Masih ada yang belum selesai....



Januari, 2013  anakku yang seorang ini, menyatakan hasrat menunaikan Umrah dan dia pergi seorang diri. Gembira dia di sana menjalani ibadah selain mencari kepastian dan kedamaian diri. Sekembalinya dia  dari umrah beliau menyatakan hasrat untuk berkahwin semula.. Hati ibu mana tak gembira namun naluri perempuan ku sedikit memberontak kerana masih terlalu awal untuknya bekeluarga semula. Akhirnya aku pasrah kerana alasannya sungguh memberi kesan kepada ku. Lantas ku beri syarat agar tahun depan sajalah dia bernikah. Kataku, awal lagi belum setahun arwah meninggal. Namun takdir menentukan segalanya, sehari selepas. tarikh nikahnya pada 2012, beliau bertunang. Atas permintaan keluarga perempuan pernikahan adalah dalam tempuh sebulan kemudian.

Aduhai hanya Allah yang mengetahui perasaan ku ketika itu. Gembira, Sedeh, Gementar, Geram, Hampa, Serabut. Dalam tempuh tersebut, aku terpaksa menyiapkan kerja pejabat. (kebetulan pulak Jun adalah bulan  yang paling sibuk mengikut jadual kerja tahunan ku)  Sakit kepala ku datang lagi. Darah ku naik, adui, namun Alhamdulillah dapat juga kulalui hari hari tersebut dengan tenang dan dapat juga ku habiskan kerja seperti jadual. Cuma aku mohon tidak adalah panggilan telefon mengadu itu ini selepas in.  Di pejabat aku jadi garang sepanjang masa tersebut
  

Aku amat terharu dengan adanya bantuan kakak Ipar, Abang Ipar, Biras-birasku dan anak anak saudara suamiku.  Keluarga sebelah ku,  ku tahan air mata bila sepupuku bertanya di mana adik adik ku dan waris sebelah ku. Dalam gurau ku nyatakan cukuplah dengan kehadiran beliau . (Dalam hati aku tidak bergurau, aku amat menghargai kedatangannya dengan juga seorang saudara kami) .  Alhamdulillah, adikku sekeluarga datang juga walau tak masuk ke rumah. Sepupu sebelah ibuku juga ada dengan keluarganya. Syukur sangat sebab, kali ini walau kecil tapi yang datang cukup mengharukan aku

Kini, aku hanya mohon agar Allah memberi kebahagiaan kepada anakku ini dengan pasangannya. Semoga dikurniakan zuriat yang solleh dan sollehah. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat dan di kurniakan rezeki yang halal dan melimpah, kesihatan yang baik serta diberkati, dirahmahti Allah selalu

Satu pesan mama, dapat yang baru jangan lupa doakan yang telah pergi agar dia damai di sana sehingga kita di jemput pergi. Al fatihah buat arwah Ayuni semoga di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman lagi sollehah. Aamiin.