Total Pageviews

Monday 20 January 2014

Lama tak ke sini. Bukan sibukpun. Sejak dapat hp baru ni, jarang mengadap pc. Tak berebut dah dengan anak anak. Kebetulan semuanya ada hp masing masing. Bezanya belanja makin banyak. Semua minta topup dengan mak. 
                  Sedar sedar dah nak masuk 21 hari tahun 2014. Tahun ni umur makin bertambah. Sedang dan masih memikirkan bila waktu yang sesuai untuk berehat dari kerja pejabat. Jika ikut umur 2015 boleh dah kalau nak bersara. Namun rasanya lebih baik bersara 2018, Insya Allah. Mentelah hutang masih ada dan amak anak masih perlukan bantuan. Mereka belum stabil kecuali long yang bekerja tetap. Ngah masih belum stabil perniagaannya. Mi, baru kerja dan belum boleh menampung hidup sendiri. Yie pula masih mengharap simpati mak bapa. Tinggal Ya yang masih bersekolah dan masih panjang lagi perjalanan dia. Suami  pun masih menanti waktu sesuai untuk bersara.
              Banyak yang difikirkan tentang apa yang perlu di buat setelah bersara. Kawan kawan yang telah bersara nampaknya, mengambil peluang ke luar negara. Ada yang menjaga cucu. Ada tu yang berjalan ke rumah anak anak. Tidak kurang juga yang buat rumah  baru. Ada yang beritahu mereka bersara awal kerana nak bekebun, jaga mak ayah yang uzur. Tidak kurang yang bersara kerana masalah kesihatan dan tidak lagi berminat untuk kerja kerana telah leteh bekerja berpuloh tahun.
               Dalam mengira hari, bulan dan tahun untuk bersara, terfikir juga untuk memulakan perniagaan. Teringin nak buat rumah comel di kampung supaya senang nak balik kampung sekali sekala untuk berehat di sana. (Namun seorang sahabat dengan ikhlas menegur, buat apa nak buat rumah di kampung nanti membazir duit sahaja) Betul juga kata dia, tapi dari dulu aku memang nak buat rumah di kampung. Jika boleh nanti biarlah ada anakku yang teringin nak balik kampung mengusahakan tanah yang terbiar tu. Keluar di kampung tinggal sepupu dan bapa saudaraku sahaja. Saudara mara yang lain ramai tapi agak jauh dan tidak ku kenal mesra.. Teringin juga untuk belajar mengaji semula. Teringin untuk ke Mekah untuk menunaikan rukun islam yang kelima itu. Mudah mudahan hajat untuk ke Mekah dan mendapat haji yang mabrul terkabur walau tarikh penantian di jangka 50 tahun lagi.Mudah mudahan ada rezekiku ke sana.  Kemudian baru teringin untuk berjalan jalan melihat negeri orang.  
                Sesungguhnya dalam kesihatan yang tidak lagi seperti dahulu, banyak yang ku fikirkan. Kadang kala terasa masa ku di dunia ni semakin singkat. Namun apakah aku telah bersetia untuk semua itu, untuk menghadapi hari hari persaraan dan juga hari kematian........???